Saturday, September 18, 2010

Salam Perkenalan.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Terlebih dahulu, suka saya nyatakan ucapan terima kasih saya kepada semua atas kesudian mengunjungi  laman blog saya yang saya bina khusus untuk hal-hal berkaitan profesion saya yang amat saya cintai iaitu bidang perguruan termasuklah dunia pendidikan.
Tujuan saya mewujudkan blog ini bukanlah untuk mengangkat atau menghebah-hebahkan kehebatan diri,jauh sekali untuk mengkritik atau membahaskan perkara-perkara berkaitan dasar pendidikan negara kita.  Walaupun pada hakikatnya, sebagai seorang yang menjunjung tinggi prinsip-prinsip demokrasi, pasti kita punya pendapat ataupun pendirian tersendiri.
Selain itu, saya amat berharap dengan kewujudan blog ini akan menjadi satu medan buat saya dan juga rakan-rakan guru berkongsi rasa dan apa jua yang ditempuhi dalam dunia pendidikan, sama ada suka ataupun duka. Saya juga begitu mengharapkan agar blog ini mampu menjadi satu medium untuk menjelaskan atau  memperbetulkan salah anggapan yang mungkin timbul terhadap para guru ataupun dunia pendidikan itu sendiri. 
Sehubungan dengan itu, saya juga mengalu-alukan para pengunjung untuk berkongsi apa jua bahan berkaitan pendidikan dan perguruan yang bermanfaat demi kebaikan bersama. Selain itu, saya juga berharap bahan-bahan yang dipaparkan akan memberikan manfaat kepada semua, tidak kira rakan guru mahupun pelajar ataupun sesiapa sahaja. Adalah menjadi harapan saya agar para pengunjung sudi untuk memberikan komen-komen yang membina agar blog ini akan menjadi wadah dan lidah penghubung antara satu sama lain. Seringkali berlaku, sukar untuk menyatakan sesuatu secara lisan, mudah-mudahan blog ini akan menjadi pemudah caranya....

No comments:

Post a Comment